About Me

My photo
Aku bukan lawyer yang tegas membela..bukan pemidato yang gah berkata-kata..bukan pensyarah yang pantas melontar idea..Aku insan kecil yang baru belajar mengeja..

Monday, August 17, 2009

Dia tidak menjadi dirinya

Tiada ingatan, tiada kisah silam
Tanpa ingatan, tiada kenangan cinta
Tiada kenangan gembira,suka mahupun duka
Di mana keluarga, di mana saudara
Di mana kenalan mahupun pasangan
Hilang sekelip mata..bagai di tiup keluar dari kotak kepala
Apakan daya, aku hanya seorang kakak
Juga cetek kisah hidupnya
Bagaimana membantu insan 1 rahim..insan kesayangan
Yang tiba-tiba tidak menjadi dirinya
Dulu insan periang
Dulu seorang yang sangat prihatin
Juga penyayang, tidak lupa ibubapa dan keluarga
Sangat pengemas, gigih berusaha
Tidak menyusahkan
Bila datang dugaan berat
Hilang semuanya
Dengan cepat hati jadi sebak, sayu juga terkilan
Kerana tidak menjadi kakak yang baik
Kurang mengambil berat kisah hidup
Insan sedarah sedaging yang baru mengenal kehidupan
Kurang mengambil tahu bebanan di atas kepala insan muda
Sehingga menjadi hilang pertimbangan
Tidak menjadi dirinya...
Tidak tertanggung pilu
Melihat insan kesayangan
Yang pernah membesar bersama
Sering runsing, sentiasa gundah gulana
Dihantui kekesalan dan kesilapan yang tak diketahui
Menjadi keliru setiap perkara
Hilang nikmat tidurnya
Hingga lupa kisah cintanya..
Lupa apa yang pernah dilaluinya
Dia tidak menjadi dirinya...
Tapi aku bersyukur Ya Allah..
Dia masih ingat terhadap kewajipannya kepadaMu
Kau kekalkan ingatannya pada keluarga..
Sabar wahai adik
Kuatkan semangat, cekalkan hati
Insan tersayang dikelilingmu
Cuba membantu, betulkan kesilapan lalu
Berganding bahu di bawah sebuah keluarga
Untuk megekalkan keluarga bahagia
Aku akur kini
Seribu hikmah di sebalik 1 kejadian..
Mungkin mengajar erti kehidupan..
Erti sebenar berkasih sayang..
Agar lebih mendekatkan diri kepada Allah..

1 comment: