About Me

My photo
Aku bukan lawyer yang tegas membela..bukan pemidato yang gah berkata-kata..bukan pensyarah yang pantas melontar idea..Aku insan kecil yang baru belajar mengeja..

Monday, June 1, 2009

Lipstik dan Alergi


Bagi perempuan pasti tak asing dengan lipstik ataupun kosmetik... Mencantikkan diri juga tak lazim lagi pada wanita... Berhias sudah sinonem dengan gadis... Tapi semuanya akan jadi leceh bila datangnyer alergi.. Kulit yang sensitif memang sukar untuk memilih... Bila dipakai lipstik bibir akan bengkak.. Timbul bintik-bintik akan rasa gatal..

Ceritanya bermula begini...di malam minggu yang lalu aku dapat panggilan seorang
rakan yang ingin bertanyakan jalan..ingin ke kenduri saudara katanya..aku memberi arahan,belok ke kanan belok ke kiri turun bawah naik atas..tapi dia menjadi sangsi bimbang akan sesat..lalu meminta aku menemaninya kerana majlis sudah bermula..Aku turuti..aku bergegas untuk bersiap kerana beliau sudah dalam perjalanan..Dicapai baju mane yang sampai, di ambil tudung mana yang padan lalu aku bersiap ala kadar..di touch up mana yang patut..Sampai dikenduri semasa menjamu selera mulut terasa gatal..alamak ape yang aku makan?dilihat di dalam pinggan..tiada yang mencurigakan..aku mengambil tisu lalu disapu pada bibir..aduh,aku memakai lipstik..dalam kelam kabut bersiap tadi ku sangkakan lip glose..aku memang cari pasal..mulut jadi tak selesa..Nasib baik tak lame di kenduri..sesudah makan terus pulang..Bibir mula terasa tebal..dah jadi macam itik..hermm..alergi...salah siapa?salah aku tak berhati-hati..hadap je la..

Dibeli yang mahal-mahal sangkakan akan selamat..
Dicuba yang import disangkakan akan ok.. Huh!Bila dah alergi beli lah ceruk mane pun mulut tetap menebal.. Tapi tak mengapa.. tak ada lipstik tak bermakna senyuman tak indah.. Bibir tak merah bak delima tak bermakna tak manis.. Senyum yang cantik datangnya dari hati..bukan dari lipstik.. Senyumlah dengan ikhlas.. Senyumlah..senyumlah ahai cek mek molek.. smile.. :)

2 comments:

  1. senyum seindah suria
    walau bibir sebesar serena

    kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. "Bibir mula terasa tebal..dah jadi macam itik.."

    Bukan senang nak jadi itik. Tahniah!

    Terima Kaseh

    ReplyDelete