About Me

My photo
Aku bukan lawyer yang tegas membela..bukan pemidato yang gah berkata-kata..bukan pensyarah yang pantas melontar idea..Aku insan kecil yang baru belajar mengeja..

Wednesday, May 27, 2009

Jalan-jalan untuk kehidupan


Ini acara gilang gemilang. Segemilang konsert AF. Malahan lebih gemilang dari itu. Di sini juga ramai orang tapi tak perlu bersesak-sesak. Datang dari pelbagai negeri. Di sini juga ada artis tapi bukan berhibur semata. Bukan seperti konsert AF hanya menganga melihat artis terkinja-kinja. Bersorak-sorak walaupun cume biase. Di sini kita berhibur, beriadah, bersenam dan kita yang terkinja-kinja.hehe.. Sila jangan salah paham.. Terkinja-kinja bukan menghiburkan orang lain tapi menghiburkan diri sendiri. Senamrobik la.. Skali skala layan la sendi-sendi yang saban hari berbakti untuk kita. Kalau di konsert AF mewah dengan undian sms yang menagih modal dari kita. Di sini mewah dengan biskut yang tak perlukan modal tapi semuanya adalah percuma. Mewah dengan produk-produk baru juga percuma. T-shirt percuma. Air percuma. Segalanya percuma. Berbaloi bukan? Kenapa nak pilih kerja yang menagih modal?Kerja yang membazir?Yang menginginkan kita melabur tapi bukan di wall street.. Yang duitnya perginya entah kemana. Sedangkan masih ada kerja percuma. Acara beginilah yang perlu di ambil port. Tak perlu buang duit tapi dapat manfaat. Hanya perlu buang peluh. Kalau nak buang angin pun boleh..huhu

Setahun dan berlalu.. Kini muncul kembali. Dulu di Taman Cahaya Seri Alam kini giliran Taman Metropolitan. Hajat hati ingin pergi tapi sedikit jauh dan ketiadaan pengangkutan canggih untuk sampai ke sana. Yang canggih itu bukanlah sepert kereta James Bond. Bukanlah seperti LRT putra tapi yang sedikit relevant dipandu perempuan. Yang hanya ada skuter cabuk. Tak mampu nk merempit sejauh itu. Betul-betul tak canggih. Tak mampu bukan kerana tak berani. Bukan kerana skuter dah nak terbarai tapi mengenangkan amaran ayah tercinta. menegah merempit jauh-jauh.Bahaya!Hahak. memang betul katanye tapi bahaya ada dimana-mana. Itulah naluri seorang bapa yang bimbang keselamatan anak dia. Lagi-lagi anak dara, keras kepala dan kadang lagak macam anak teruna. Hahaha..

Aktiviti ini bukan aktiviti usha pakwe tapi sambil-sambil tu ape salahnyer. Ini aktiviti riadah mendorong gaya hidup sihat. Sambil berjalan sambil bergaya. Sambil berjalan sambil beraksi. Ala-ala wat drama bersiri. Ada yang berlari. Ada yang melompat. Ada yang berpimpin tangan. Ada yang beriringan. Ada yang didukung. Ada yang dikendong. Ada melayu, ada india, ada cina. Ada kecil ada besar. Ada tua ada muda. Memang muhibah. Memang majmuk. memang menenangkan. Setelah saban hari terdedah dengan hiruk pikuk kotaraya. Aktiviti seperti ini patut di ambil port. Patut di ambil kisah. Yang perlu kita jayakan.

Inilah dia Jacob's Walk of Life..
Taman Metropolitan, Kepong
21-06-2009
Marilah kita berduyun-duyun..

2 comments:

  1. tolong jangan buat leceh
    jangan jadi saperti gades-gades kapitalis
    naek motor skuter cabok juga adalah cool
    lebih cool dari gades naek Brabus.

    ReplyDelete
  2. pd aku yg suke mmg cool
    pd bapak aku..?

    ReplyDelete